TERKINI COVID19: Satu Kluster Baru Direkodkan, Satu Kematian

KKM dalam satu laporan harian COVID19 Malaysia pada 31 Ogos 2020 hari ini memaklumkan perkembangan terkini kes. Menurutnya terdapat 6 kes baru dicatatkan, empat daripadanya adalah kes import manakala dua adalah penularan tempatan di Kedah. Empat kes import tersebut di Selangor Dua warganegara dan dua bukan warganegara. Kesemua mereka baru tiba dari Singapura. 

Terdapat satu kluster baru dikesan pada hari ini iaitu Kluster Bunga. Sehingga kini, terdapat 4 kes positif dilaporkan melibatkan 2 Warganegara dan 2 Bukan Warganegara.

KKM turut melaporkan terdapat 6 kes sembuh baharu menjadikan jumlah keseluruhan adalah 9054 kes. 


Dukacita dimaklumkan terdapat pertambahan satu kes kematian melibatkan Kes ke-9124, seorang lelaki berusia 62 tahun dan dari Kluster Tawar. Ia menjadikan jumlah kematian Covid-19 di Malaysia sebanyak 127 kes. Mangsa meninggal di Hospital Sultanah Bahiyah.

Post a comment

0 Comments