Syamel, Ernie Ikat Tali Pertunangan

Instagram Syamel
 

Pasangan duet popular Ernie Zakri dan Syamel selamat mengikat tali pertunangan petang semalam dalam satu majlis ringkas. Ernie, 28 dan Syamel, 27 popular dengan lagu 'Aku Cinta' sehingga membawa mereka ke pentas Anugerah Juara Lagu. 

Majlis ringkas penuh meriah ini dibuat hanya untuk keluarga terdekat sahaja disamping menjaga SOP sebagai mana yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Terdahulu pasangan ini sering diusik dengan soalan dan  spekulasi percintaan mereka. Namun mereka memilih untuk berdiam kerana mahu dikenali dengan hasil dan karya seni mereka. 

Memetik laporan Berita Harian, Syamel mengucapkan rasa syukur kerana impian untuk menjadikan Ernie sebagai bakal isteri akhirnya dimakbulkan. Namun pasangan ini berharap peminat mendoakan semua hubungan mereka berkekalan bukan hanya ke jinjang pelamin, malah hingga ke akhir hanyat. 

Bila ditanya tarikh majlis perkahwinan, perkara tersebut belum dibincangkan lagi. 

Post a comment

0 Comments