Langgar Perintah Kuarantin: Makcik Gelang Pink Dihukum Penjara Sehari, Denda RM8000


Sebelum ini hangat diperkatakan gambar seorang warga emas yang memakai gelang merah jambu tular di media sosial apabila wanita terbabit sedang menikmati hidangan di sebuah medan selera. Wanita berkenaan tidak sepatutnya berada di tempat awam oleh kerana pemakai gelang merah jambu itu wajib menjalani kuarantin di rumah selama 14 hari kerana baru pulang dari luar negara. 


'Wanita bergelang merah jambu' mengaku bersalah dan dijatuhkan hukuman penjara selama satu hari serta denda RM8,000 selepas didapati tidak mematuhi Perintah Pengawasan dan Pemerhatian ketika dikenakan perintah kuarantin di rumah, 6 Julai lalu.

Nur Emah Mohamad Hashim, 72, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret, Nabihah Mohd Noor.

Post a comment

0 Comments