Wanita Bantu Hias Rumah Jiran Kurang Berkemampuan, Bajet Tak Sampai RM200 Tapi Cantik!



Satu dalam seribu, begitulah ungkapan yang sesuai digambarkan kepada wanita ini yang membantu jirannya menghias rumah. Dari rumah yang nampak biasa, akhirnya bertukar tampak lebih moden dan teratur. Apa yang penting hanya menggunakan barang terpakai serta DIY sendiri. Memang cantik sangat!




Tolong bahagiakan jiran

Misi kasi jiran kita happy. Sana sini orang dok sibuk deco rumah. Beli itu ini. Ganti macam-macam. Tapi ada jugak yang terpaksa pendam je sebab dia memang tak reti + takde budget. So kami cuba bantu sehabis mampu. Kami cuba sehabis baik untuk guna budget ikut kemampuan + guna pakai barang2 yang dikitar semula. Biasa laa… Kami kan pengutip tegar.




Lama gak study apa yg tuan rumah ni suka. Yelah, takkan kita nak deco ikut suka hati kita je kan kan kan. Sangat mudah sebenarnya untuk sediakan barang hiasan. Untuk rumah yang berkeluasan sangat comel ni cuma kekangan masa dari kami yang busy dengan rutin kerja dan sebagainya, menjadikan progress agak slow. Hampir semua projek diy kami ajak tuan rumah joint sekali. Supaya mereka lebih menghargai penat lelah sendiri.

Banyak DIY dan guna bahan terpakai




Nanti jangan kata patutnya mcmtu, patutnya macam ini. Macam yang saya cakap kita guna apa je yang ada.

-Cat sea master glow 5 liter rm110 (utk 1 rmh)
-Tikar getah maslino 14m x rm10
-Langsir guna kain punji rm2.40 semeter. Guna 12 meter.
Eyelet curtain tape guna yg paling ringan rm15 ( 5 mtr)
( langsir sy jahit sendiri )
-Hook utk rod langsir rm3.50. Guna 2 pcs bersamaan rm7
-Kami guna kayu penyapu pnjg rm4.50 je beli kat hardware
-1 liter cat putih dulux water base utk cat meja mkn dan kerusi + lain2 rm22.00
-Cat wall gray stgh liter guna lebih cat wall rmh haku ?
-Karpet rm50 je beli kat sakan

Lampu gantung + aksesori semua DIY guna apa je yg ada. Yang lain2 tu kita guna tenaga jelah. Setakat ni baru siap ruang makan. Tapi masih blm sepenuhnya. Boleh la dah nk pemfiling mkn mcm kat tempat lain konooonnn. Dah2. Malas taip.

Sumber : Nani’s Makeover

Post a comment

0 Comments