Animasi Upin & Ipin sangat sinonim dikalangan rakyat Malaysia. Animasi ini bukan sahaja popular di Malaysia, malahan turut digemari negara jiran seperti Indonesia, Brunei dan juga Singapura. Beberapa hari lalu viral dilaman sosial video animasi berkenaan dimana watak Fizi telah mengguris perasaan Upin Ipin. Jelas scene berkenaan telah menyebabkan rata-rata netizen marah dan bersimpati terhadap Upin & Ipin.
Susulan dari kecaman dan kritikan tersebut. Pihak penerbit animasi popular berkenaan, Les Copaque Production tampil dengan video terbaru. Selepas sejam video itu dimuat naik di laman twitter, video berkenaan telah meraih 220 000 tontonan dan lebih 28 ribu retweet.
Fizi dah minta maaf 🙏— Les' Copaque (@lescopaque) June 2, 2020
Upin dan Ipin pun dah maafkan 🥰 pic.twitter.com/yWOKJnpYNb
Fizi trending di twitter saat artikel ini ditulis. Lebih 41 ribu tweet pasal fizi.
Reaksi Netizen
Agaknya habis record,fizi gelak ke tak. Bukan boleh percaya budak sorang ni.— Hafizz Abu (@bergnsfw) June 2, 2020
bukan minta maaf dekat upin upin je minta maaf sekali dekat semua kawan kawan yang kau sakitkan hati tu terutama intan payung. berani kau kutuk cermin mata dia.— paan #stayhome (@FarhanMokhali) June 2, 2020
HAHAHAHAHAHAHA masih tak puas hati ye dengan fizi 🤣— - (@rqyhismwi) June 2, 2020
0 Comments