[VIDEO] Rentas Negeri Dibenarkan 10 Jun 2020


Perdana Menteri Malaysia dalam Perutusan Khas sebentar tadi memaklumkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan tamat pada 9 Jun ini, Namun Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) diperkenalkan.




Teka teki kebenaran rentas negeri akhirnya terjawab apabila Perdana menteri dalam sidang media sebentar tadi mengumumkan. 
Mulai 10 Jun 2020, perjalanan rentas negeri akan dibenarkan kecuali di kawasan yang diisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan atau PKPD.

Selain itu, beberapa perkara lain turut diumumkan




1. Pelancongan domestik dibenarkan tetapi pintu masuk antarabangsa masih ditutup.
2. Operasi premis perniagaan kembali kepada biasa.
3. Sekolah dibuka berperingkat dalam tempoh PKPP.
4. Pusat hiburan sept pub, karaoke masih dilarang.
5. Perhimpunan libat ramai org dilarang.
6. Sambutan Hari Raya Aidiladha dan ibadah korban akan dibenarkan tertakluk kepada SOP pihak berkuasa agama Islam


Post a comment

0 Comments