[VIDEO] Datuk Seri Najib ‘Video Call’, Ucap Takziah Kepada Isteri Penghantar Makanan Dilanggar Pemandu Mabuk


Semalam telah berlaku satu kejadian yang menimbulkan kemarahan rakyat Malaysia apabila seorang lelaki maut dilanggar pemandu mabuk. Kejadian yang berlaku di Lebuhraya Sultan Iskandar itu telah meragut nyawa seorang lelaki yang dalam perjalanan pulang selepas menghantar makanan kepada pelanggan.
Susulan dengan itu, bekas Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak telah menghubungi isteri mangsa, Zahlawati Zahlan bagi menyampaikan ucapan takziah. Rakaman ‘video call’ itu telah dimuat naik menerusi laman rasmi Datuk Seri Najib.

Takziah buat keluarga

Sama-sama kita doakan agar roh arwah Mohamed Zaili Mohamed ditempatkan bersama mereka yang beriman. Al-Fatihah.
Semasa perbualan, beliau bertanyakan beberapa soalan berhubung kejadian kepada isteri mangsa. Selain itu, beliau turut mengatakan bahawa beliau akan cuba membantu keluarga mangsa sebaik mungkin. Tambahnya lagi, beliau juga berdoa agar roh arwah ditempatkan bersama dengan orang-orang yang beriman.

Pembelaan kepada keluarga mangsa

Rata-rata rakyat Malaysia turut bersimpati dengan keluarga mangsa dan berharap keadilan bakal ditegakkan. Hal ini kerana kejadian melibatkan pemandu-pemandu mabuk di Malaysia semakin membimbangkan. Mereka turut berharap agak pihak kerajaan dapat meminda akta ke atas pemandu yang didapati bersalah memandu dalam keadaan mabuk.

Sumber: Najib Razak

Post a comment

0 Comments