Terengganu Mulakan Pasar Malam Percubaan Jumaat Ini


KUALA TERENGGANU: Pasar malam percubaan akan diadakan di kawasan tempat letak kenderaan di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA), Gong Badak di sini, Jumaat ini.
Ia berikutan kerajaan negeri membenarkan pasar malam beroperasi semula selepas lebih tiga bulan dihentikan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuat kuasa sejak 18 Mac lalu.
Ini iklan, tolong la tekan. Sebagai tanda sokongan

Bagaimanapun, peniaga dan pengunjung diminta sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM).
Setiausaha Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), Fadli Yusoff, berkata pasar malam di Kuala Terengganu dan Kuala Nerus dibenarkan beroperasi di kawasan tempat letak kenderaan di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA), Gong Badak mulai Jumaat ini.
Fadli berkata, pasar malam peringkat percubaan itu akan beroperasi mulai 3 petang hingga 7 petang, Jumaat ini.
"Hanya satu laluan masuk disediakan kepada pengunjung untuk membeli-belah di pasar malam itu dan kedudukan gerai jualan akan dijarakkan sekurang-kurangnya satu meter seperti ditetapkan KKM.
Ini iklan, tolong la tekan. Sebagai tanda sokongan

"Kita minta pengunjung dan peniaga sentiasa mematuhi SOP terutama tidak membawa kanak-kanak dan warga emas ke pasar malam berkenaan," katanya ketika ditemui selepas memantau persiapan akhir termasuk pengukuran jarak kedudukan gerai peniaga di kawasan tempat letak kereta di SSMZA, Kuala Nerus di sini, hari ini.
Yang turut hadir, Pengarah Jabatan Kesihatan Persekitaran, Che Wan Mohd Zulkifli Che Wan Jalil dan Pengarah MBKT cawangan Utara, Hama Hakim Mahyudi Awang.
Isnin lalu, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr Alias Razak mengumumkan kerajaan negeri membenarkan pasar malam beroperasi, selepas ditutup lebih tiga bulan berikutan PKP.
Dr Alias dilaporkan berkata, pasar malam yang akan beroperasi Jumaat ini adalah pada peringkat percubaan dan akan diperluaskan ke seluruh negeri jika tiada kes penularan wabak COVID-19 baharu.
Ini iklan, tolong la tekan. Sebagai tanda sokongan

Fadli berkata, MBKT dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta KKM akan bekerjasama untuk memastikan setiap peniaga dan pengunjung sentiasa mematuhi SOP ditetapkan.
Ketika diminta mengulas mengenai pemilihan tapak pasar malam di kawasan tempat letak kereta di SSMZA, Fadli berkata, lokasi itu amat sesuai kerana penjarakan gerai boleh dilakukan.

Post a comment

0 Comments