Syabas KKM 281 Kes Sembuh Hari Ini, Paling Tinggi Sepanjang PKP. Hanya 7 Kes Baru, tiada kes rakyat tempatan


Laporan harian COVID19 harini ini membawa khabar gembira buat seluruh rakyat Malaysia. Dalam sidang media tersebut, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan 281 kes sembuh dan ia merupakan kes sembung paling tinggi sepanjang Perintah kawalan Pergerakan dilaksanakan. 

Dalam pada itu beliau turut memaklumkan hanya 7 kes baru yang dicatatkan hari ini. Lebih menggembirakan tiada penularan tempatan libatkan warganegara malaysia. Enam kes adalah kes import dan satu penularan tempatan libatkan warga asing. 

Menurut Datuk Dr Noor Hisham Abdullah lagi, kerjasama semua pihak dari barisan harapan hingga ke rakyat telah berjaya melandaikan lekuk kes baru. Beliau turut memuji kerjasama dan kepatuhan semua rakyat Malaysia akan SOP yang telah ditetapkan kerajaan.  

Post a comment

0 Comments