Suami Singgah Rumah Ambil Pasport, Isteri Hamil 7 Bulan Meninggal Dunia Dalam Kereta


Ajal maut dan jodoh pertemuan merupakan rahsia Allah SWT dan ianya memang sudah ditetapkan sejak azali lagi.
Seperti perkongsian Mohd Redzuan Abdul Manap yang juga merupakan wartawan di Media Prima menerusi akaun Twitternya memaklumkan satu berita sedih tentang seorang wanita yang sedang sarat mengandung 7 bulan telah meninggal dunia di dalam kereta.

Alami komplikasi kandungan

Menerusi perkongsian tersebut, Redzuan memberitahu wanita tersebut mengalami komplikasi dengan kandungannya yang berusia 7 bulan dan meninggal dunia sebelum sempat menjalani rawatan di hospital. Difahamkan, pasangan ini telah pulang sebentar ke rumah mereka yang terletak di Apartment Gugusan Semarak, Kota Damansara selepas pulang dari klinik berhampiran.
Susulan itu, Astro Awani melaporkan ketika kejadian, si suami telah naik sebentar untuk mengambil passport sementara si isteri berada di dalam kereta yang diparkir di kawasan rumah berkenaan. Sebaik sahaja si suami tiba di kereta dia amat terkejut apabila mendapati isterinya sudah meninggal dunia.

Usia kandungan cecah 7 bulan


Difahamkan, pasangan suami isteri ini mempunyai seorang lagi anak yang masih kecil dan kehamilan tersebut merupakan anak kedua mereka yang kini sudah pun mencecah usia 7 bulan dalam kandungan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, pihak polis mengklasifikasikan kejadian sebagai mati mengejut dan mayat mangsa dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk dibedah siasat.

Post a comment

0 Comments