Selesai Kuarantin 14 Hari, PM & Pegawai Kembali Bertugas Esok


Putrajaya: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan kesemua 34 pegawai kerajaan yang menghadiri mesyuarat pasca-Kabinet yang sebelum ini dikenakan kuarantin 14 hari di rumah, sudah dibenarkan memulakan tugas di pejabat, esok.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kesemua mereka menamatkan tempoh kuarantin yang bermula 21 Mei lalu susulan seorang pegawai didapati positif COVID-1.
Ini iklan, tolong la tekan. Sebagai tanda sokongan

”Ujian calitan dijalankan terhadap kesemua mereka dan didapati negatif. Oleh itu, esok, mereka boleh memulakan semula tugas di pejabat,” katanya pada sidang media harian COVID-19 di sini, hari ini.
Beliau berkata keadaan pegawai yang sebelum ini didapati positif, sudah semakin baik dan ujian calitan mendapati ia negatif.
Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata inisiatif negeri Sabah yang membenarkan rakyat Malaysia yang disaring negatif pulang ke Sabah untuk bekerja tanpa kuarantin 14 hari boleh diguna pakai.
Ini iklan, tolong la tekan. Sebagai tanda sokongan

Jelasnya, jika saringan boleh dilaksanakan dalam tempoh tiga hari maka proses kuarantin boleh dikecualikan jika keputusan negatif.
“Ia mungkin satu inisiatif yang boleh diguna pakai. Kita (Kementerian Kesihatan) pun sedang merancang sama ada boleh guna pakai bukan sahaja bagi mereka yang ingin pulang ke Sabah dan Sarawak tetapi untuk negara bagi mereka yang kembali atau ingin datang ke Malaysia,” katanya.
Mengulas lanjut, beliau berkata mereka yang ingin memasuki pintu negara perlu menjalani saringan terlebih dahulu di negara masing-masing.
“Kalau negatif kita lihat bagaimana boleh membenarkan mereka datang tetapi kuarantin tetap akan dilaksanakan jika tiada saringan,” katanya.
Ini iklan, tolong la tekan. Sebagai tanda sokongan

Dr Noor Hisham berkata pertimbangan yang sedang dilaksanakan adalah sekarang ini bagi rakyat yang kembali sama ada dikuarantin secara wajib di pusat kuarantin atau di rumah.
Ditanya saringan dalam tempoh tiga hari boleh dilaksanakan, Dr Noor Hisham berkata ia mampu dilakukan kerana 80 peratus ujian boleh dilaksanakan dalam tempoh 24 hingga 48 jam.
— BERNAMA

Post a comment

0 Comments