MR. D.I.Y Cari 1,000 Pekerja Baru, OKU Juga Digalakkan Memohon



KUALA LUMPUR: Syarikat tempatan, MR. D.I.Y. menawarkan lebih 1,000 pekerjaan kepada rakyat Malaysia untuk memenuhi peningkatan permintaan bagi kepakaran yang relevan di cawangan seluruh negara dan ibu pejabatnya di Selangor.
Pengarah Urusannya, Adrian Ong, berkata terdapat kekosongan untuk rakyat Malaysia dengan set kemahiran relevan di lebih 600 cawangannya seluruh negara.



"Pandemik COVID-19 meletakkan kita dalam situasi tidak pernah dialami sebelum ini, yang memerlukan isu kesihatan dan ekonomi ditangani. Sebagai peruncit produk hiasan dan keperluan rumah yang pantas berkembang, MR. D.I.Y. mampu mengekal dan menambah tenaga kerja, bagi menyokong ekonomi Malaysia," katanya dalam satu kenyataan.
Tawaran itu yang sah selama tiga bulan dari 1 Jun turut menggalakkan permohonan daripada orang kelainan upaya (OKU),
Peruncit itu turut menawarkan manfaat menarik termasuk perlindungan perubatan, diskaun kakitangan, kenaikan dan bonus tahunan, lawatan syarikat, selain peluang pertumbuhan kerjaya dan kenaikan pangkat.



Ong berkata, MR. D.I.Y. gembira dapat menarik minat pencari kerja yang mencari peluang untuk membina karier jangka masa panjang yang menarik selain turut mengalu-alukan individu yang cerdas, bersemangat dan rajin untuk menyertai pasukan yang sedang berkembang di ibu pejabat mereka atau di rangkaian kedainya.
Syarat kelayakan, pemohon mestilah berumur 18 tahun ke atas dan memiliki ijazah dan atau diploma (untuk jawatan peringkat penyelia dan seterusnya) atau Sijil Pelajaran Malaysia (untuk jawatan lain).
"Di samping itu, terdapat juga banyak peluang pekerjaan bagi peringkat pengurusan kanan, eksekutif serta graduan baharu di pelbagai jabatan," katanya.

Post a comment

0 Comments