[VIDEO] Kedai Gunting Rambut, Kecantikan & Facial Dibenarkan Beroperasi 10 Jun


Menurut Menteri Kanan Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri dalam Sidang Media Khas PKPB hari ini. Kerajaan memberi kebenaran kedai gunting rambut, kecantikan dan facial dibuka bermula 10 Jun 2020 dengan SOP ketat. 

Golongan berusia 60 tahun keatas diwajibkan membuat temujanji terlebih dahulu sebelum mendapatkan perkhidmatan tersebut. Menurutnya lagi semasa proses guntingan rambut golongan berisiko tinggi iaitu 60 tahun keatas hendaklah dilakukan tanpa kehadiran golongan lain. 





Beliau turut menambah, sektor ini adalah antara penyumbang terbesar dalam KDNK negara ialah sebanyak RM13.5 billion setahun. Antara makluman lain dalam sidang media berkenaan adalah. Kerajaan beri kebenaran kepada pasar pagi, pasar terbuka, pasar malam dan bazaria di Wilayah Persekutuan bermula 15 Jun 2020. Namun mestilah mengikut waktu operasi yang telah ditetapkan

Waktu operasi
-Pasar pagi dan pasar terbuka (6 pagi -11 pagi)
-Pasar malam (4 ptg -10 malam)
-Bazaria (5 ptg- 11 malam)

Post a comment

0 Comments