[FOTO] Terengganu Buka Pasar Malam Pertama Dalam Tempoh PKP

Pasar malam di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Terengganu merupakan pasar malam pertama yang beroperasi semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ini. Majlis Keselamatan Negara (MKN) menetapkan SOP yang perlu dipatuhi oleh peniaga dan pelanggan ke situ.



Pasar malam pertama beroperasi

Kredit foto: Tg Syamim Tg Ismail
Menerusi perkongsian melalui Facebook Urus Setia Penerangan Darul Iman, pasar malam ini adalah sebagai percubaan untuk mematuhi SOP di tempat berkenaan. Pasar malam di Terengganu ini beroperasi bermula jam 3.00 petang hingga 7.00 petang sahaja.
Antara SOP umum yang perlu dipatuhi oleh para peniaga adalah menjarakkan khemah perniagaan sekurangnya 1 meter. Para peniaga dan pelanggan yang berkunjung ke situ juga perlu menjaga jarak sosial dan memakai pelitup muka.



Perlu patuhi SOP

Kredit foto: Tg Syamim Tg Ismail
Kredit foto: Tg Syamim Tg Ismail
Kredit foto: Tg Syamim Tg Ismail
Kredit foto: Tg Syamim Tg Ismail

Post a comment

0 Comments