Ditegur Polis Ketika Sedang Bergambar, Telatah Lelaki Ini Undang Ketawa Netizen


Bergambar bersama pakaian dan kenderaan adalah satu trend yang tidak dapat dipisahkan dengan masyarakat kita terutama golongan muda di luar sana. Pantang ada peluang, mesti ada sahaja gambar yang ingin diambil untuk dikongsi bersama rakan dan followers di media sosial.
Jika kebiasaannya, orang ramai pasti tidak akan mengendahkan perbuatan tersebut dan mereka biasanya akan berlalu pergi sahaja setiap kali melihat telatah orang-orang muda ini.
Namun dengan situasi perintah kawalan pergerakan yang berkuatkuasa ketika ini, seorang lelaki menerima ‘teguran manis’ daripada pihak polis ketika cuba bergambar baru-baru ini.
Melalui perkongsian video yang tular di Twitter, lelaki tersebut yang sedang bersiap untuk mengambil gambar bersama motosikal dan ‘kasut berlampu’ miliknya di tepi jalan mengundang ketawa netizen apabila rakannya berkongsikan pengalaman dia ditegur itu.
“Okay encik lepas ambil gambar beredar ya.
“Jangan kumpul-kumpul, saya bagi dua minit saja,” laung polis melalui pembesar suara.

Perkongsian yang dibuat rakannya sejak semalam itu sudah pun mendapat hampir 100,000 tontonan dengan rata-rata netizen tidak dapat menahan ketawa melihat gelagat lelaki tersebut.
“Ingatkan nak terbang, polis tu macam faham saja anak-anak muda zaman sekarang, bukan main serius polis tu, hahaha.
“Mati-mati aku ingat benda halus tegur ke apa tadi last-last rupanya abang P,”komen netizen di perkongsian tersebut.

Post a comment

0 Comments