COVID19: 93 Kes Baru Hari Ini, 61 Sembuh & Tiada Kematian

Laporan harian COVID19 Malaysia harini menyatakan terdapat penambahan kes baru di Malaysia. Sebanyak 93 Kes baru dilaporkan hari ini, 61 kes sembuh dan tiada kematian dilaporkan. 
Ini iklan, tolong la tekan. Sebagai tanda sokongan

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Seri Dr. Noor Hisham bin Abdullah berkata Sebanyak 93 kes baharu telah dilaporkan pada hari ini. Daripada jumlah tersebut, tiada kes adalah kes import yang mendapat jangkitan diluar negara. Oleh itu, daripada semua 93 kes penularan tempatan, 91 kes adalah kes bukan warganegara Malaysia dan kes 2 adalah kes warganegara Malaysia.
91 kes melibatkan bukan warganegara iaitu 55 kes adalah dari Depoh Tahanan Imigresen(DTI) Bukit Jalil dan 36 kes dari Kluster Pedas, Negeri Sembilan. Hanya 2 kes adalah dalam kalangan warganegara Malaysia iaitu 1 kes saringan pelajar tahfiz dan 1 kes daripada Kluster Pasar.



Post a comment

0 Comments