COVID19: 10 Hari Tanpa Kematian, Kes Warganegara Terkawal, Kes Import Meningkat Lebih Dari Ramalan


Laporan harian COVID19 harini ini menunjukkan terdapat 38 kes baru dan 51 kes sembuh. Dari 38 kes tersebut 26 daripadanya adalah kes import manakala selebihnya penularan tempatan melibatkan 6 kes warganegara dan 6 kes bukan warganegara. 

Menururut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), jumlah kes harian merangkumi kes warga asing menunjukkan peningkatan dan melangkaui ramalan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata peningkatan kes itu dapat dilihat dengan ketara sejak 29 April lalu disebabkan kes import dari luar negara, penularan kes COVID-19 dalam kalangan bukan warganegara di beberapa Depoh Tahanan Imigresen, dan juga pekerja bukan warganegara pelbagai sektor di dalam komuniti.

Terima Kasih Rakyat Malaysia Patuh SOP

Menerusi satu tweet KKM, Ketua Pengarah Kesihatan memuji rakyat Malaysia yang patuh SOP yang ditetapkan. Beliau juga turut mengucapkan terima kasih sebagai tanda penghargaan atas pematuhan SOP yang di tetapkan. Namun negara kini berdepan dengan cabaran baru.

"Ini bermakna negara kini berdepan dengan satu cabaran baharu yang perlu kita tangani bersama, iaitu peningkatan kes COVID-19 dalam kalangan bukan warganegara.

"Namun, golongan bukan warganegara tidak harus disisih dan tidak harus distigmakan oleh rakyat Malaysia, malah kita perlu membantu mereka yang secara tidak langsung dapat membantu mengurangkan penularan COVID-19 di negara ini.

"Pergaulan dan percampuran rakyat Malaysia dengan golongan bukan warganegara sememangnya terhad, namun kehadiran mereka terutamanya pekerja bukan warganegara membantu memperkasa ekonomi di negara kita," katanya dalam sidang media harian COVID-19, disini hari ini.

Menurutnya lagi, terdapat kluster baru di Pangsapuri Cheras yang melibatkat enam positif dan kesemuanya rakyat tempatan. Namun punca penyebaran belum dikenalpasti dan masih dalam siasatan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Post a comment

0 Comments