Walaupun Jarak Cuma 10 Minit Perjalanan, Rosyam Nor Tak Balik Raya Rumah Mak

Pelakon terkenal Datuk Rosyam Nor dan adik beradiknya yang lain telah bersepakat untuk tidak pulang menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama ibu mereka di kampung. Lebih menarik perhatian apabila ibu Datuk Rosyam siap gantung banner di hadapan rumahnya yang terletak di Kampung Melayu Subang, Selangor.

‘Video call je’

View this post on Instagram

“VIDEO CALL AJE” ya MAK 😭😭 Tapi Mak aku tunjuk 👍 Sebab #sayangmak Menyahut arahan Kerajaan dan KKM. Walaupun rumah mak aku dekat Kg Melayu Subang aje. 10 minit dari rumah aku. Tapi sebab mak dah umur 80 tahun,kami sekeluarga dan keluarga adik beradik yang semua ya tinggal di KL mengambil keputusan tidak balik kampung beraya tahun ni. Sebab Gantung Banner kerana takut kami tak balik orang lain pulak datang. Sebab kalau raya rumah mak aku jadi tumpuan beratus anak cucu,anak cucu saudara. Sebab dalam keluarga mak aku dia saja yang masih hidup. Jadi anak cucu semua akan datang bertandang. Maafkan kami sekeluarga. Untuk kebaikan bersama InshaAllah ada umur tahun depan kita RayaSakan okey

A post shared by Rosyam Nor (@iamrosyam) on

Menerusi perkongsian yang dimuatnaik Datuk Rosyam Nor di laman Instagramnya, mengingatkan kepada sanak saudara supaya tidak datang beraya dan menziarah rumah ibunya itu untuk menyahut arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Tambahnya lagi, dia juga sanggup berkorban untuk tidak pulang beraya di kampung demi memutuskan rantaian Covid-19 walaupun jarak rumah mereka hanyalah 10 minit sahaja.
Tapi sebab mak dah umur 80 tahun,kami sekeluarga dan keluarga adik beradik yang semua ya tinggal di KL mengambil keputusan tidak balik kampung beraya tahun ni.
Sebab gantung banner kerana takut kami tak balik orang lain pulak datang.
Menceritakan kisah itu, Datuk Rosyam memberitahu bahawa setiap kali bila tiba hari raya, rumah ibunya itu merupakan destinasi tumpuan sanak saudara.
Maafkan kami sekeluarga. Untuk kebaikan bersama. InshaAllah ada umur tahun depan kita Raya Sakan okay.

Terbaik

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji dan menyokong tindakan Datuk Rosyam sekeluarga dalam usaha memerangi wabak Covid-19. Mereka juga turut berharap agar rakyat Malaysia dapat mematuhi segala arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan supaya keadaan negara akan kembali pulih seperti sedia kala.

Post a comment

0 Comments