[VIDEO] Tak Ada Akal! Dah Baling Mercun Dekat OKU, Siap Upload Video Di IG

Viral di media sosial satu video yang memaparkan seorang lelaki membaling mercun ke arah Orang Kelainan Upaya (OKU) yang sedang berjalan di kaki lima. Tindakan lelaki itu mengundang kecaman netizen kerana sikapnya yang tidak berperikemanusian.
Rata-rata netizen turut berharap agar pihak berkuasa mengenakan hukuman yang setimpal terhadap lelaki berkenaan.

Baling merucn ke arah OKU

Menerusi video berdurasi 15 saat yang dimuat naik oleh pengguna Twitter Abang Baby, memaparkan lelaki berkenaan yang sedang menunggang motosikal secara tiba-tiba berhenti di tepi jalan apabila melihat seorang warga OKU di kaki lima. Selepas itu dia terus membakar mercun dan baling ke arah warga OKU tersebut. Dia seolah-olah tidak menghiraukan keselamatan warga OKU itu dan terus meneruskan perjalanan menaiki motosikal sambil tertawa.

Hasil siasatan netizen

Tindakan pantas netizen telah berjaya menemui laman Instagram milik lelaki berkenaan. Motosikal yang diguna pakai dalam video tersebut turut dikatakan sama. Oleh hal itu, laman Instagram milik lelaki tersebut telah dipenuhi dengan komen-komen kecaman netizen.

Siap tag Caprice & Ebit Lew

Lebih mengejutkan, lelaki terebut seolah-olah bangga bertindak sedemikian kerana memuat naik video itu sambil mentioned nama beberapa selebriti dan pendakwah bebas seperti Caprice, Ebit Lew dan Ustaz Abu Syafiq. Bukan itu sahaja, lelaki itu turut repost insta story seorang pengguna Instagram yang mengecam tindakannya itu.
Sumber: Abang Baby

Post a comment

0 Comments