[VIDEO] Ditindih Polis Hingga Mati, Kematian George Floyd Cetus Rusuhan Di AS.


Tular rakaman video seorang lelaki kulit hitam terbunuh selepas didakwa ditindih denganlutut oleh seorang anggota polis secara agresif dalam satu kejadian di Amerika Syarikat.
Kejadian yang berlaku tersebut mencetus kemarahan orang ramai berhubung keganasan polis terhadap komuniti kulit hitam di sana. Bagaimanapun, kes tersebut telah disiasat oleh Federal Bureau of Investigation (FBI).

Susulan daripada kejadian tersebut, hampir seluruh komuniti kulit hitam dan kulit putih di Amerika Syarikat mengadakan rusuhan bagi menuntut keadilan kematian George Floyd.
Kini nama George Floyd trending di laman Twitter sehingga mendapat kicau sebanyak 3.36m dalam tempoh 24 jam.


Beberapa video rusuhan tular di media sosial hari ini dengan slogan yang dilontarkan ‘All Four’ merujuk kepada empat orang anggota polis yang dikatakan tidak bertanggungjawab sehingga menyebabkan kematian.

Post a comment

0 Comments