Selepas 5 Bulan Bekerja Tanpa Henti, Dr Noor Hisham Diberikan Cuti Hari Ini


Umum mengetahui, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah akan mengadakan sidang media setiap hari pada waktu petang. Beliau akan memberitahu mengenai perkembangan terkini pandemik yang sedang melanda negara.
Menerusi laporan Harian Metro, Dr Noor Hisham diberi cuti hari ini oleh Pejabat Perdana Menteri (PMO) daripada membuat sidang media.

Bekerja tanpa henti

Setelah lima bulan bekerja tanpa henti dan menjawab segala soalan wartawan setiap hari, Pejabat Perdana Menteri telah memberikan cuti buat Dr Noor Hisham hari ini. Kesemua pihak media turut dimaklumkan mengenai hal tersebut. Walau bagaimanapun, kenyataan media mengenai perkembangan terbaru mengenai wabak yang sedang melanda negara bakal dikeluarkan oleh KKM pada 4.30 petang nanti.

Berehatlah doktor

Rata-rata netizen setuju dengan Pejabat Perdana Menteri untuk membenarkan Dr Noor Hisham cuti hari ini. Malah, mereka berharap doktor tersebut dapat berehat dan meluangkan masa bersama keluarga.
Sumber: Harian Metro

Post a comment

0 Comments