Ringkasan Perutusan Khas Perdana Menteri


Perdana Menteri Malaysia dalam satu Perutusan Khas pada 1 Mei 2020 memaklumkan perkembangan terkini Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). 



Berikut adalah makluman penting anda kena tau:
Bermula 4 Mei 2020, hampir semua sektor ekonomi dan aktiviti perniagaan akan dibenarkan beroperasi tertakluk kepada syarat-syarat dan SOP yang ditetapkan oleh pihak berkuasa. 
Panggung wayang, pusat karaoke, pusat refleksologi, pusat hiburan, kelab malam, taman tema, bazar Ramadan, bazar Aidilfitri, karnival jualan dan semua bentuk persidangan dan pameran adalah TIDAK DIBENARKAN


Selain perniagaan, aktiviti-aktiviti sukan yang melibatkan perhimpunan ramai, sentuhan badan dan lain-lain risiko jangkitan juga tidak dibenarkan.
Boleh bermain badminton atau tenis di luar tanpa penonton. Jogging, kayuhan basikal, golf dan larian dalam kumpulan kecil tidak melebihi 10 orang juga dibenarkan dengan syarat mengamalkan penjarakan sosial dan elakkan sentuhan badan.
Majlis-majlis sosial, kemasyarakatan dan kebudayaan yang melibatkan perhimpunan ramai seperti kenduri, rumah terbuka, majlis berbuka puasa beramai-ramai, konsert, persembahan kebudayaan, perhimpunan bulanan jabatan kerajaan dan swasta serta semua bentuk majlis perasmian dan perhimpunan adalah tidak dibenarkan.
Aktiviti kegamaan seperti perarakan keagamaan, solat Jumaat dan semua aktiviti berjemaah atau berhimpun di masjid, surau dan rumah- rumah ibadat juga tidak dibenarkan.


Perjalanan rentas sempadan negeri juga tidak dibenarkan kecuali untuk tujuan hadir bekerja dan pulang semula ke rumah sendiri setelah terkandas di kampung atau di tempat-tempat lain. Perjalanan rentas negeri untuk balik ke kampung semasa cuti perayaan Aidilfitri tidak dibenarkan.
Buat masa ini, semua sekolah, kolej dan institusi pengajian tinggi masih belum dibuka.

Restoran di benarkan beroperasi dengan beberapa SOP: 
  1. Meja disusun dengan jarak sekurang-kurangnya 2 meter.
  2. Setiap meja hanya satu orang, dua orang atau tiga orang dibenarkan makan bergantung kepada saiz meja.
  3. Garisan di lantai depan kaunter bayaran. Ukur garisan sekurang-kurangnya satu meter antara satu sama lain. Ini untuk memastikan pelanggan beratur dengan jarak sekurang-kurangnya satu meter di depan atau di belakang pelanggan yang lain ketika mereka hendak membuat bayaran.
  4. Sediakan hand sanitizer di kaunter bayaran.
  5. Setiap kali selepas pelanggan makan, beritahu pekerja supaya bersihkan meja cepat-cepat sebelum pelanggan lain duduk.
  6. Pemilik restoran dan pekerja mesti pakai face mask setiap masa.
  7. Periksa suhu badan pelanggan sebelum dia dibenarkan masuk ke restoran.
  8. Catat nama dan nombor telefon pelanggan serta tarikh dan masa mereka datang ke restoran.


TONTON UCAPAN PENUH

Post a comment

0 Comments