#PicitChallenge Memalukan


Pelbagai Challenge menjadi ikutan warganet bukan sahaja di Malaysia malah hampir seluruh dunia. Namun tidak semua challenge boleh dijadikan trend atau ikutan.

Terbaru #PicitChallenge menjadi tular di media sosial sejak hari raya pertama. Challenge ini dikecam warganet kerana, perbuatan bergambar sambil memegang punggung isteri disifatkan sesuatu perkara yang memalukan dan juga jauh dari adat serta nilai murni. Selain tindakan sebegini boleh menjatuhkan maruah mereka.


Menurut seorang pengguna media sosial twitter, Akhi Fairuz Al-Jangkawi yang juga merupakan seorang speaker pendidikan seksualiti. Ia menjadi sia-sia andai perayaan disambut dengan challenge sebegini.

Pengguna twitter yang lain juga turut menyelar challenge tersebut. Mereka menyifatkan perkara terbabit hanya mencemarkan kesucian bulan Syawal.  




Reaksi Warganet 





Post a comment

0 Comments