Pegawai Positif COVID-19, Perdana Menteri Jalani Kuarantin 14 Hari


Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin diperintahkan untuk menjalani kuarantin selama 14 hari mulai hari ini, Jumaat (22 Mei 2020). Ianya dikatakan salah seorang pegawai mesyuarat pasca-kabinet di Pejabat Perdana Menteri disahkan positif Covid-19 pada hari Rabu lalu.

Jalani 14 hari tempoh kuarantin

Memetik laporan Metro, Tan Sri Muhyiddin telah menjalani ujian saringan Covid-19 dan didapati negatif. Bagaimanapun, Perdana Menteri perlu menjalani tempoh kuarantin yang ditetapkan bagi mengelakkan sebarang kemungkinan tidak diingini.
Menurut Perintah Pengawasan dan Pemerhatian bagi Kontak Covid-19 (Seksyen 15(1) Akta 342), Perdana Menteri perlu menjalani kuarantin di rumah selama 14 hari mulai petang ini.
Sebagai makluman, setiap mesyuarat di Pejabat Perdana Menteri itu mengamalkan penjarakan sosial dan penjagaan kesihatan yang ketat pada setiap masa.
Ekoran dari itu semua ahli mesyuarat yang terlibat diarahkan menjalani ujian saringan dan kuarantin di rumah masing-masing dalam tempoh 14 hari.

Kenyataan media

Sumber: MetroStraits Times

Post a comment

0 Comments