Padah Berhenti ‘Lockdown’ Terlalu Awal, Hokkaido Diserang Gelombang Kedua COVID-19

Siapa sangka COVID-19 mampu menyerang dalam gelombang kedua sebaik sahaja perintah lockdown ditamatkan. Insiden ini nampaknya telah berlaku di Hokkaido, Jepun yang telah mengumumkan penamatan lockdown pada 19 Mac bagi membolehkan premis perniagaan serta sekolah dibuka semula.
Difahamkan penamatan lockdown dibuat selepas Hokkaido sekadar mencatat satu hingga dua kes sehari sekaligus memberi lampu hijau untuk daerah ini meneruskan operasi seperti biasa. 26 hari berlalu, Hokkaido telah mencatatkan sebanyak 135 kes seminggu.
Menurut Pengerusi Pertubuhan Perubatan Hokkaido, Dr. Kiyoshi Nagase, pihak mereka berasa menyesal dengan tindakan untuk menamatkan lockdown lebih awal sebelum rantaian wabak ini diputuskan sepenuhnya.
Tambahnya lagi, gelombang kedua yang menyerang Jepun ini mungkin mendesak Jepun untuk menunggu sehingga tahun depan bagi menjamin keadaan benar-benar selamat sekaligus membolehkan kerajaan Jepun menamatkan lockdowntanpa merisaukan kehadiran gelombang baharu.
Setakat ini, Jepun merekodkan lebih 13,576 kes serta 376 kematian berikutan COVID-19. Negara ini turut meneruskan lockdown sehingga 6 Mei walau bagaimanapun pihak kerajaan Jepun bercadang untuk meneruskan tempoh lockdown kepada bulan hadapan.

Post a comment

0 Comments