Marah Dengan Gedung Kain Terkenal, Netizen Seru Beli Koleksi Baju Ebit Lew Tunjuk Kuasa Pembeli


Siapa yang tidak mengenali Ebit Lew, seorang penceramah agama berbangsa Cina yang cukup dikenali di Malaysia berikutan kegigihan beliau membantu mereka yang memerlukan.
Bagi anda yang tidak tahu, beliau menjual pelbagai jenis kurta dan baju Melayu dikenali sebagai Elew’s Design dan kedainya terletak di Bangi Sentral. Tidak lama lagi, Aidilfitri bakal menjelma dan ramai mula membeli kelengkapan terutama sekali baju raya.


Apa yang mengejutkan, Ebit Lew sedang menawarkan pekerjaan sebagai tukang jahit berikutan menerima lambakan tempahan pakaian Elew’s Design. Difahamkan beliau mencari 100 tukang jahit ketika ini.

Bagi anda yang ingin bekerja sebagai tukang jahit di kilang milik Ebit Lew, anda boleh hubungi sendiri Ebit Lew di Facebook beliau. Perkongsian tersebut mendapat perhatian ramai netizen dan ramai yang tidak sabar untuk mendapatkan koleksi Elew’s Design.
Akan tetapi, segelintir netizen berkata lebih baik menyokong Ebit Lew dengan membeli koleksinya berbanding membeli produk daripada Jakel. Bagi anda yang tidak tahu, orang ramai terutama sekali kaum Melayu berasa marah dengan Jakel kerana anak perniagaan tersebut bertindak ‘menghina’ mereka.
Rata-rata netizen berasa kecil hati dan bertindak ingin memboikot Jakel. Malah, para netizen ingin membuktikan kuasa pembeli berada dalam tangan mereka.
Screenshot 2020-05-04 at 10.02.40 AM
Screenshot 2020-05-04 at 10.03.32 AM


Sebarkan peluang pekerjaan ini kepada mereka yang memerlukan dan apakah pandangan anda mengenai isu Jakel sebelum ini?

Post a comment

0 Comments