Lebih 3.6K ‘Shares’, Peminat Makanan Thai Kena Cuba Resipi Phad Kra Phao Sedap Ini

Thailand merupakan antara destinasi pilihan ramai rakyat Malaysia kerana terdapat banyak tempat menarik untuk diterokai. Bagi anda yang sering berkunjung ke Thailand, pasti anda merindui makanannya yang sedap.


Oleh itu, kali ini kami akan kongsikan kepada anda resipi Phad kra Phao yang sedap dan pasti akan membuatkan anda mengimbau memori anda di Thailand. Jom ikuti perkongsian resipi Azwa Muhammad ini.

Bahan-bahan untuk 2 orang makan:

Ayam dicincang halus, 5 sudu besar sos ikan, 2 sudu besar kicap, 1 sudu kecil secukup rasa, 2 sudu besar gula dan daun selasih ikut suka.

Bahan tumbuk:

Sebiji bawang merah, 4 ulas bawang putih dan 8 cili api merah.

Cara-cara membuatnya:

1) Panaskan minyak dan masukkan bahan tumbuk tadi lalu kacaukan ia sehingga layu sedikit.
2) Kemudian, masukkan ayam cincang.
3) Selepas itu,  masukkan kicap, sos ikan, Secukup rasa, gula dan daun selasih.
4) Kacaukan sampai ayam masak dan rasa sebati.
5) Akhir sekali hidangkan ia dengan nasi putih dan telur mata. Siap!
Tunggu apa lagi? Bolehlah anda buat untuk iftar pada hari ini. Cara nak buatnya memang senang.

Post a comment

0 Comments