Lebih 23K ‘Shares’, Resipi Almond Cluster Yang Sedap Dan Mudah Gunakan 2 Bahan Sahaja

Setiap kali kita menjalani ibadah puasa pasti kita akan sibuk membuat persiapan sambutan Aidilfitri pula. Bukan sahaja membeli pakaian baru, langsir baru dan sebagainya serta paling utama kuih raya.

Kuih raya penting untuk dihidangkan kepada tetamu yang berkunjung ke rumah. Kali ini, kami ingin kongsikan resipi ‘Almond Cluster’ yang sedap dan mudah dibuat di rumah.
Perkongsian resipi oleh Zaharah Ramin di Facebook ini telah mendapat lebih 23K Shares. Jom kita ikuti perkongsian beliau.


Bahan-bahan yang diperlukan:

1.Coklat (Cadbury atau Coin Beryl)
2. Badam

Cara-cara untuk membuatnya:

1. Bakar badam sehingga rangup dan berwarna kekuningan dalam 20 minit.
2. Cairkan coklat dengan menggunakan double boil.

3. Kemudian, ambil badam yang telah dibakar tadi dan campurkan ke dalam coklat yang sudah dicairkan, lalu gaul hingga rata.

4. Sudukan ikut saiz yang anda inginkan di atas kertas minyak.
5. Akhir sekali, masukkan ke dalam peti sejuk supaya coklat mengeras dan siap. *Jika guna coklat Beryl boleh simpan dalam balas selepas coklat mengeras kerana tidak akan cair.



Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda dan bolehlah anda buat Almond Cluster ini untuk dinikmati di Hari Raya Aidilfitri nanti ataupun buat sekarang untuk dinikmati ketika moreh. Selamat mencuba!

Post a comment

0 Comments