Kesemua Jenazah 3 Beradik Lemas, Ditemui



Suasana hiba menyelubungi perkarangan muara Sungai Terengganu dekat Kampung Kuala Telemong harini. Kejadian lemas yang meragut 3 nyawa itu benar-benar undang rasa hiba.

Mayat kedua mangsa lemas tiga beradik di Sungai Terengganu dekat Kampung Kuala Telemong di sini, ditemui kira-kira 150 meter dari tempat kejadian, jam 11.36 pagi ini.
Mangsa, Khairil Firdaus Mohd, 17, iaitu pelajar tingkatan lima Sekolah Agama Mahmudiah, Kuala Berang ditemui Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) di dasar sungai selepas hampir dua jam penemuan mayat pertama.


Penolong Pengarah Operasi Negeri (PPON), Penguasa Kanan Bomba II Mohd Basri Kamarazaman, berkata mayat ditemui dalam keadaan sempurna.
Manakala mayat mangsa ketika iaitu Khalif Naim, 16, yang juga pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Imtiaz Kuala Berang. ditemui kira-kira jam 12.40 tengah hari. 
Sementara itu, abang sulung mangsa, Amirul Aizam, 29, berkata dia sedih dan sebak dengan kejadian itu tetapi reda dengan apa yang berlaku," katanya ketika ditemui selepas membuat pengecaman mangsa sebaik dibawa naik ke tebing.
Terdahulu, anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat menemui mayat Umar Iskandar, 21, kira-kira 100 meter dari lokasi kejadian, 9.50 pagi.

Post a comment

0 Comments