Inti Tebal & Lazat, Ini Resepi Mudah Murtabak Mini Guna Kulit Popia

Kalau singgah bazar Ramadan menu yang wajib beratur bila nak beli semestinya murtabak. Tak kira lah murtabak ayam ke daging ke pasti membuat ramai yang menjadikannya antara menu wajib di bulan puasa ni.



Kali ini, menerusi Facebook Nor Fazleen berkongsi resepi murtabak mini yang ringkas dan mudah untuk dibuat di rumah. Hanya menggunakan kulit popia, murtabak mini ini pasti membuat selera anda bertambah. Jadi sempena tempoh PKP ni boleh la cuba resepi ni, tak payah order delivery lagi dah.

Bahan-bahan yang diperlukan



  • 500 gram isi ayam / daging di cincang
  • 5 biji kentang di potong dadu
  • 3 sudu makan rempah kari
  • 1 ulas bawang putih di hiris
  • 1 biji bawang besar dihiris
  • 2 biji bawang besar di potong dadu
  • 2 biji telur ayam yang telah dibasuh
  • Kulit popia
  • Hirisan daun sup
  • Sedikit garam
  • Sedikit gula
  • Sedikit minyak masak utk menumis



Cara-cara penyediaan


 Cara memasak inti.


  1. Panaskan kuali. Tuang sedikit minyak masak. Masukkan bawang yang dihiris.
  2. Masukkan rempah kari dan masukkan sedikit air. Masak rempah hingga pecah minyak.
  3. Masukkan isi ayam dan masukkan kentang. Masukkan air separas bahan-bahan yang dimasak. Jangan lebih nanti inti lembik.
  4. Masak sehingga air hampir kering. Masukkan sedikit garam dan gula. (Jika nak letak ajinomoto jika suka pun boleh). Saya tak letak pun ajinomoto.
  5. Masak hingga betul-betul kering. Sejukkan dan sedia untuk langkah menyediakan murtabak mini.



Seterusnya langkah menyediakan murtabak mini.

  1. Pecahkan 2 biji telur, pukul dan masukkan sedikit garam. Masukkan bahan-bahan inti ayam dan kentang yang dimasak tadi.
  2. Masukkan daun sup dan bawang. Kacau hingga sebati.
  3. Buka kulit popia, letak atas dulang. Ambil 3 sudu makan intin yang di campurkan dengan telur dan bawang tadi tu. Letak di tengah-tengah kulit popia intinya. Lipat atas, bawah, kiri dan kanan. Terbalikkan bila di lipat dan masukkan dalam kuali.
  4. Untuk membakar panaskan kuali, letakkan sedikit minyak. Letakkan popia. Kalau suka letak minyak banyak ok je, saya tak suka minyak banyak. Jadi, ikut selera masing-masing ya.
  5. Bakar sehingga masak. Balik-balikkan ia. Bila dah siap bolehlah dihidangkan. Ulangi langkah membuat sehingga siap. Dah masak. Makan. Memang sedap.
Sumber: Nor Fazleen

Post a comment

0 Comments