KUALA LUMPUR: Jika anda tidak berkesempatan menonton sidang media harian COVID-19, ini
lima perkara penting yang dinyatakan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor
Hisham Abdullah menerusi sidang media berkaitan perkembangan penularan wabak
COVID-19 hari ini, 28 Mei 2020.
INI APA YANG ANDA PERLU TAHU HARI INI:
Tiada kes import, 10 kes baharu libatkan penularan tempatan di mana 5
kes adalah warga asing, tiada kematian.
KKM turut melihat jangkitan selain COVID-19 dalam kalangan PATI, termasuk
tibi dan sebagainya. Sedia bincang hala tuju, kekangan dan cabaran tangani
jangkitan dalam kalangan PATI.
Jika kes positif kekal rendah dalam tempoh dua minggu lagi, KKM akan
tentukan langkah seterusnya dalam pelaksanaan PKPB pada 1 Jun.
KKM diperingkat akhir dalam menentukan sama ada setiap individu yang
memasuki pusat tahanan perlu menjalani saringan COVID-19.
Jika tiada aplikasi pengesanan kontak, KKM cadang bawa pen sendiri untuk
isi borang butiran diri.
0 Comments