Sejak beberapa minggu lalu nama Youtuber Sugu Pavithra disebut-sebut semua warganet. Ini kerana dengan sikapnya yang lemah lembut dan tuturnya fasih berbahasa malaysia ketika berkongsi resepi, membuatkan ramai tertarik padanya.
Semalam Sugu menerima kejutan istimewa dari YAB Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
MASAK, BAGI JIRAN-JIRAN
Menurut Sugu, beliau menerima pelbagai hadiah dari PM. Antaranya kad ucapan, tripod, barangan elektronik dan bahan-bahan masakan. Dengan hadiah yang diterimanya, beliau berhajat ingin memasak dan berkongsi bersama jiran-jiran yang lain.LAYAK TERIMA HADIAH
Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi warganet terhadap video terbaru Sugu Pavithra. Rata-rata menyatakan Sugu layak diberi penghargaan.BUAH HATI MALAYSIA
Tags:
Trending