Laporan harian COVID19 31 Mei 2020 hari ini melaporkan 57 Kes Baru, 23 Kes Sembuh manakala tiada kematian dicatatkan.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Dato Seri Dr Noor Hisham Abdullah, Daripada 57 kes baharu, 10 adalah kes import dan 47 adalah jangkitan tempatan.
Daripada 47 kes ini, 43 kes melibatkan bukan warganegara dan hanya 4 kes melibatkan warganegara iaitu 2 kes di Negeri Sembilan dan masing-masing 1 kes di Selangor dan Melaka.

PUJI RAKYAT PATUH SOP
Menurut tweet KKMPutrajaya, Ketua Pengarah Kesihatan menyatakan data menunjukkan rakyat Malaysia Patuh SOP yang ditetapkan. Ini sesuatu yang boleh dibanggakan dan memuji sikap bertanggungjawab rakyat Malaysia.Data-data yang kita ada menunjukkan rakyat Malaysia patuh SOP yang ditetapkan. -@DGHisham— KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) May 31, 2020
#COVID19 🇲🇾 Terkini 31 Mei.— KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) May 31, 2020
Jumlah kes baharu COVID-19:
5⃣7⃣ kes
Jumlah kumulatif: 7,819 kes
Jumlah kematian baru: 0 kes
Jumlah kumulatif kematian: 115 kes (1.47%)
Jumlah kes aktif: 1,351 kes
Jumlah kes di ICU: 9 kes
Pesakit COVID-19 Intubated: 2 kes pic.twitter.com/R9S8R82ydU
0 Comments