15 Kes Baru Hari Ini. Paling Rendah Sepanjang PKP


Menerusi laporan harian Kementerian Kesihatan Malaysia KKM 27 Mei 2020. Pengarah Kesihatan Datuk Seri Dr. Noor Hisham bin Abdullah memaklumkan hanya terdapat 15 kes baru dicatatkan manakala sebanyak 42 kes pulih. Tiada kematian direkodkan.

Daripada 15 kes baru yang dilaporkan, enam (6) kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara. Daripada sembilan (9) kes penularan tempatan pula, empat (4) kes adalah bukan warganegara Malaysia. Kes penularan tempatan di kalangan warganegara Malaysia adalah empat (4) kes sahaja.

Posting Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia memaklumkan kes baru hari ini merupakan paling redah direkodkan sepanjang PKP dilaksanakan


Post a comment

0 Comments