Permintaan untuk penghantara makanan sejak akhir-akhir ini semakin tinggi susulan daripada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan bagi membendung penularan wabak Covid-19.
Selepas PKP dilaksanakan, orang ramai dinasihatkan supaya menggunakan perkhidmatan atas talian supaya mereka tidak keluar rumah untuk mengelakkan jangkitan Covid-19.
Rata-rata daripada kita baru menyedari betapa besarnya tugas seorang penghantar makanan ini. Mereka tetap melaksanakan tugas mereka walaupun dalam panas terik, hujan, lapar dan dahaga.
Seorang pengguna twitter bernama @WongZaff berkongsi satu video yang dirakam olehnya ketika sedang membuat penghantaran sumbangan. Menerusi video itu, seorang rider GrabFood gigih meredah banjir dengan motosikalnya itu. Kesungguhan beliau dalam membuat kerja dapat dilihat melalui video yang telah tular itu.
Ya Allah kau murahkan lah rezeki abang grab ni ya Allah.Permudahkan lah urusan dia .Aminnnn pic.twitter.com/PdI57WzW8z— Zaff Wong #StayAtHome (@WongZaff) April 23, 2020
Tags:
Trending