[VIDEO] Gugurnya Air Mata Neelofa Di Live Instagram…


Hos dan usahawan Neelofa dikenali sebagai seorang selebriti yang kental walaupun sebelum ini namanya banyak terpalit dengan bermacam kontroversi yang mendedahkannya dengan kecaman masyarakat. Siapa sangka, doa seorang pendakwah, Ustaz Ahmad Dusuki menyentuh hati nurani wanita ini sehingga mengalirkan air mata di depan ribuan netizen.

Doa berkenaan alam kubur, kematian

Dalam rakaman live Instagram semalam, doa dibacakan Ustaz Ahmad Dusuki adalah berkenaan kematian dan alam barzakh yang akan dihadapi setiap manusia hidup. Turut dipohon adalah supaya kubur diwangi dan dilapangkan serta dijadikan taman di antara taman-taman syurga.
Neelofa cuba menahan sebak dan linangan air mata dan beberapa kali beralih ke luar skrin mengelak tangisannya itu disaksikan ramai. Dia juga turut menunduk sambil mencapai tisu mengesat air mata yang sesekali tumpah.
Di pengakhiran doa, bekas juara Dewi Remaja ini akhirnya berjaya mengawal emosi walaupun wajahnya masih kelihatan sugul dan masih menahan air mata dari terus tumpah.
Sumber: Neelofa

Post a comment

0 Comments