Ustaz Azhar Idrus merupakan penceramah bebas yang terkenal di Malaysia kerana gaya penyampaiannya sungguh bersahaja. Sesiapa yang mendengar ceramahnya pasti tidak akan merasa bosan dengan telatah lucu yang turut diselit dalam memberi jawapan yang tepat.
Baru-baru ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Zulkifli Mohamad membuat perkongsian live di Instagram miliknya bersama dengan Ustaz Azhar Idrus. Perkongsian dua orang ilmuwan agama telah menarik perhatian orang ramai. Hal ini kerana Dr Zulkifli bertanyakan soalan berkenaan apa yang bakal dilakukan oleh Ustaz Azhar jika diberikan kuasa sebagai Menteri Agama Malaysia. Jawapan yang diberikan Ustaz Azhar sungguh tepat dan pada dengan isi.
0 Comments