Ketika ini Malaysia masih dalam waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), seperti yang kita ketahui dalam tempoh waktu ini pelbagai urusan dan aktiviti harian terpaksa ditangguhkan sementara. Begitu juga perhimpunan keagamaan ataupun majlis keraian seperti kenduri kahwin.
Baru-baru ini Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) memaklumkan majlis akad nikah boleh dilaksanakan secara atas talian 'Online'. Pengguna Twitter, Sis Lynn yang juga pengantin perempuan berkongsi detik bahagia dan bersejarah hidupnya apabila diijabkabulkan melalui panggilan video.
BUAT LIVE FACEBOOK UNTUK FAMILY DAN TEMAN RAPAT
Ni sis cut live dekat fb tadi. Sis buat private event and invite family and close friends kat dalam live and tengok dari mula sampai akhir process nikah. Semuanya macam biasa je cumanya melalui video call and takda salam 😬 pic.twitter.com/7ZwxEEZRoX— Sis lynn #StayAtHome (@theghrack) April 22, 2020
Menurutnya, segalanya Seperti akad nikah biasa, cuma yang membezakan hanyalah akad nikah ini dilakukan secara online video call dan takda salam.
SEBAK, LAFAZ TAKLIK
Here’s another clip. Taklik pun ada ya, benda tu wajib. Cumanya dibaca dalam video. Ni part yang paling sebak sis pun tak tahan 😢 pic.twitter.com/ff2vZCxuxH— Sis lynn #StayAtHome (@theghrack) April 22, 2020
PERNIKAHAN SAH & MENDAPAT KELULUSAN JAIS
Ya allah gais ramainya wish. Thank you semua, may Allah bless you 🥺— Sis lynn #StayAtHome (@theghrack) April 22, 2020
Anyway ada dm yang tanya cara nak nikah online. I can’t tell you now but bila sis free sis akan buat video macam mana process nikah online ni ya. Jangan risau, pernikahan ni sah dan dah di verified by JAIS hehe
ADA SOP. ADA TEST LINE INTERNET
SUMBER: SIS LYNN
0 Comments