‘Tuntutan Itu Bukan Daripada Kami Semua’ – 17 Persatuan Rohingya Mohon Maaf


Sudah seminggu berlalu, isu pendatang asing tanpa izin (PATI) dari Rohingya yang menyelinap masuk ke Malaysia dan menetap di negara ini masih menjadi bualan hangat di media sosial. Pelbagai pandangan dan pendapat disuarakan oleh segelintir pihak mengenai isu lambakan pelarian dari Rohingya ini.
Terbaru, menerusi laporan Harian Metro, Timbalan Presiden Persatuan Rohingya di Malaysia (RSM) Abdul Ghani Abdul Rahman membuat permohonan maaf kepada kerajaan dan seluruh rakyat Malaysia.

Kami minta maaf

Menurut Abdul Ghani , dia ingin meminta maaf kepada kerajaan dan seluruh rakyat Malaysia. Tambahnya, masyarakat Rohingya yang berada di negara ini akur akan status mereka sebagai pelarian. Mengulas mengenai tuntutan hak sama rata dengan rakyat Malaysia, dia memberitahu bahawa ianya merupakan agenda segelintir masyarakat Rohingya.
Saya memohon dan meminta maaf kepada rakyat Malaysia serta kerajaan Malaysia dan tuntutan itu bukan daripada semua kaum Rohingya hanya tuntutan satu dua orang Rohingya, lagipun sama ada ia benar atau tidak saya pun tak tahu.
Di samping itu, dia turut memaklumkan bahawa 97 ribu anggota masyarakat Rohingya di Malaysia berdaftar dengan UNHCR dan mereka sangat beruntung apabila kerajaan Malaysia menerima kehadiran pelarian seperti mereka.

Jangan menerima lagi kehadiran mereka

Permohonan maaf yang dilakukan oleh pihak Persatuan Rohingya di Malaysia (RSM) itu dibuat selepas timbulnya beberapa kenyataan di mana segelintir individu daripada Pertubuhan Hak Asasi Manusia Etnik Rohingya Myanmar Malaysia (MERHROM) menuntut beberapa perkara daripada kerajaan Malaysia seperti peluang pekerjaan, akses kesihatan dan pendidikan.
Perkara tersebut ternyata mengundang kemarahan rakyat Malaysia di media sosial dan ramai yang mendesak pihak kerajaan agar menghantar kesemua mereka pulang semula ke Rohingya dan jangan menerima lagi kehadiran mereka pada masa akan datang. Abdul Ghani turut memberitahu bahawa kerajaan Malaysia wajar menolak daripada menerima lagi pelarian semasa dunia sedang melawan musibah yang tengah melanda. Ini kerana, Malaysia turut mengadakan Perintah Kawalan Pergerakan yang sudah memasuki fasa keempat.

Tiada hak untuk membuat kenyataan

Menerusi laporan Astro Awani pula, 17 persatuan Rohingya dari pelbagai negara hari ini menegaskan, Zafar Ahmed tidak pernah dipilih mewakili komuniti itu dan tidak mempunyai untuk membuat kenyataan mengenai kaum Rohingya di Malaysia. Sebelum ini, Zafar telah mendakwa dirinya sebagai Presiden Pertubuhan Hak Asasi Manusia Etnik Rohingya Myanmar Malaysia (MERHROM) dan telah menuntut beberapa perkara dari kerajaan Malaysia.
Kami merayu kepada pihak berkuasa Malaysia untuk mengambil tindakan tegas ke atasnya, jika tidak, individu ini akan terus mengeluarkan kenyataan yang berisiko tinggi dan boleh membahayakan nasib kaum Rohingya di negara ini. Kami juga bersyukur kerana kerajaan Malaysia dan rakyatnya masih membenarkan kami untuk terus tinggal sementara menunggu penempatan di negara ketiga, dan kami memohon kepada semua agar mempunyai belas ehsan kepada nasib kaum Rohingya yang semakin rapuh
Namun, beberapa media melaporkan beliau menafikan pernah mengeluarkan kenyataan seperti Melayu bodoh, menuntut hak kerakyatan penuh pelarian Rohingya dan mempertikaikan pihak penguatkuasa Malaysia menolak bot pelarian berkenaan daripada mendarat di negara ini. Oleh itu, komuniti berkenaan bersepakat mengecam tindakannya.
Antara 17 persatuan Rohingya yang menandatangani kenyataan tersebut ialah Arakan Watch, Human Rights Association for Rohingya (HURAR), Ethnic Rohingya Committee of Arakan (ERCA),Rohingya Arakanese Refugee Committee (RARC), Rohingya Education And Development Organization (READ), Da’wah & Empowerment Association for Rohingya (DEAR), Rohingya Cooperative Society (RCS), Rohingya Association in Malaysia (RAM), Rohingya Islamic Society in Malaysia (RISM), Rohingya Youth Care (RYC), Malaysia, Rohingya Youth Development Forum (RYDF), United Islamic Rohingya Organization for Development (UNROD), Women for Rohingya (W4R), Rohingya Islamic Center (RIC), Australian Burmese Rohingya Association (ABRA), Arakan Rohingya Youth Association (ARYA), Rohingya Writers Network.

Post a comment

0 Comments