TM Pasang Stesen Pemancar 5G Di Pusat Kuarantin Covid-19 Bagi Menawarkan Rangkaian Internet Percuma

Kemeteran Kesihatan Malaysia pada waktu ini telah membuka dua pusat kuarantin di Malaysia Agro Exposition Park (MAEPS) dan Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia. 
Rakyat Malaysia yang dibawa pulang dari luar negara akan menggunakan dua pusat kuarantin ini sebagai pusat saringan bagi memastikan mereka tidak akan menjadi sumber kluster baharu. Bagi memastikan mereka sentiasa mempunyai capaian Internet sepanjang tempoh kuarantin, Telekom Malaysia telah memasang stesen pemancar 5G di dua pusat kuarantin ini.

Kedua-dua pusat kuarantin telah diperuntukkan sebanyak 50 unit terminal Akses Wayarles Tetap 5G (5G Fixed Wireless Access) terminal) menawarkan sambungan WiFi yang mampu mencecah kelajuan 500Mbps. Rangkaian WiFi 5G ini boleh dinikmati pengguna dan petugas secara percuma.
Akses kepada internet adalah antara hak asasi asas manusia mengikut PBB. Dalam keadaan terkurung sepanjang tempoh kuarantin, ia adalah perlu bukan sahaja bagi mengelakkan kebosanan tetapi untuk terus berhubung dengan dunia di luar

Post a comment

0 Comments