Thermomix Viral Meletup, Wanita Ini Cedera Kebakaran Tahap Kedua Di Lengan, Perut dan Dada



Baru-baru ini viral di laman media sosial apabila ramai yang berkongsikan satu mesin bernama Thermomix, merupakan mesin mewah bernilai RM7, 188 yang mampu menyediakan makanan dengan cepat dan pantas.
Anda hanya perlu memilih dari 7093 resepi yang telah disediakan dan hanya perlu masukkan bahan-bahannya, tekan butang dan SIAP!
Semudah itu sahaja. Tonton video ini untuk lihat :

Namun, ada perkara yang mengerikan yang pernah berlaku disebabkan oleh Thermomix ini.
Pada Januari 2016, seorang wanita di Perth itu mengalami luka terbakar tahap dua di dada, lengan dan perutnya selepas Thermomix TM31  tiba-tiba meletup, terbuka dengan sendiri ketika dia sedang menyediakan makan malam.
Wanita ini dikenali sebagai Danika Jones, mengatakan ketika dia sedang memasak sos pasta menggunakan Thermomix model TM31 itu, penutupnya tiba-tiba terbuka dan memercikkan cecair panas ke seluruh bahagian atas badannya.

Thermomix TM31 mengeluarkan bunyi pelik sebelum meletup

Sebelum kejadian berlaku, mesin mewah itu mengeluarkan bunyi pelik dan bergetar. Kemudian Danika Jones pergi untuk mematikannya dan ketika itulah ia meletup.

Bukan kes yang pertama

Kemudian wanita itu dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Semasa dia sedang mendapatkan rawatan, kakitangan hospital mengatakan bahawa dia bukan pesakit pertama yang mengalami luka terbakar disebabkan oleh Thermomix TM31 ini.

80,000 unit Thermomix telah terjual di Australia sehingga 2016 dan 9,443  unit Thermomix TM31 yang telah diguna pakai dan pada masa itu ia bukan insiden pertama yang telah berlaku.
Danika Jones juga mengatakan, selepas kejadian itu berlaku, dia juga telah dihubungi sekurang-kurangnya sebulan sekali oleh orang lain yang juga melecur disebabkan oleh mesin itu. Mengikut laporan The Guardian,sebanyak 35 kes telah diketahui oleh pihak syarikat berkenaan Model TM31 ini.

Denda $4.6 juta

Thermomix didenda sebanyak $4.6 juta pada 2018 kerana didapati tidak jelas dan mengelirukan mengenai keselamatan produknya.
Apa-apa pun, itu kes yang telah lama berlaku untuk Model TM31, yang merupakan model kontroversi Thermomix kerana dilaporkan mempunyai masalah keselamatan
Untuk model terbaru, Thermomix TM5, dan Thermomix TM6 masih belum ada sebarang laporan berkenaan alat ini meletup dan sebagainya.
Keselamatan peralatan elektrik semestinya terletak pada pembekal yang menjual barang yang  berkualiti tinggi dan tiada kerosakan atau faulty serta kecacatan atau defect. 
Namun sebagai pengguna, kita juga harus mengamalkan langkah-langkah  keselamatan atau best practiceapabila menggunakan barang elektrik bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini.
Sebagai contoh, barang elektrik yang tidak digunakan perlulah ditutup suisnya dan dicabut supaya tiada arus elektrik yang mengalir bagi mengelakkan pembaziran dan hal yang tidak diingini.

Post a comment

0 Comments