Tali Buaian Terputus, Tempurung Kepala Kanak-Kanak 6 Tahun Retak Tercucuk Besi

Di Indonesia, seorang kanak-kanak perempuan berusia 6 tahun mengalami kecederaan parah selepas besi buaian tercucuk di kepalanya.

Besi buaian tercucuk kepala


Menerusi laporan yang dipetik daripada jpnn.com, ketika kejadian mangsa yang dikenali dengan nama Nazwa Maulida sedang bermain buaian adiknya itu di rumah mereka. Tetapi malangnya, ketika sedang leka bermain tiba-tiba tali pada buaian tersebut terputus dan menyebabkan besi tercucuk di kepalanya.
Menurut bapa mangsa iaitu Heriansyah memberitahu anaknya itu kemudian telah dikejarkan ke hospital berdekatan untuk mendapatkan rawatan. Lebih meruntun hati apabila anaknya terpaksa menjalani pembedahan sebanyak 2 kali iaitu untuk mengeluarkan besi dan merawat tempurung kepalanya yang retak.
Kami terus membawa mangsa ke rumah sakit, dia harus menjalani dua kali pembedahan hingga sekarang ini. Sementara, saya tidak mempunyai duit untuk kos perubatan.

Tidak mampu bayar bil perubatan


Dalam pada itu, Heriansyah turut meluahkan kebimbangannya kerana tidak mampu untuk membayar bil perubatan anaknya itu memandangkan dia hanyalah seorang pekerja kontrak. Tambahnya lagi, dia juga tidak memiliki BPJS Kesehatan yang berfungsi untuk membantu dalam bidang kesihatan termasuk jaminan perlindungan kemalangan dan jaminan kematian.
Sementara itu, salah seorang jiran mereka iaitu Heru Ramadhani meluahkan keprihatinannya dengan kejadian yang menimpa keluarga ini. Di samping itu, Heru turut memohon agar orang ramai dapat menghulurkan bantuan untuk membiayai kos perubatan Nazwa Maulida yang berjumlah hampir 50 juta rupiah (RM14,000).
Sumber: jpnn.comMuda News


Post a comment

0 Comments