'Tak Dibenarkan Pulang ke Kampung Sambut Ramadan' - Ismail Sabri


Berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilanjutkan hingga 28 April 2020, segelintir umat Islam terkesan dengan ketibaan bulan Ramadan yang bakal tiba pada 24 April ini. Yang duduk berjauhan dengan keluarga pastinya ingin pulang ke kampung halaman masing-masing bagi meraikan bulan Ramadan bersama-sama seperti kebiasaannya.
Namun begitu, menerusi laporan Berita Harian, orang ramai tidak dibenarkan pulang ke kampung halaman. Kenyataan ini disampaikan sendiri oleh Menteri Kanan (Pertahanan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Tak boleh pulang ke kampung

Pergerakan rentas negeri tidak dibenarkan sejak PKP fasa satu dan dua dilaksanakan. Ramadan nanti pun ia tetap tertakluk kepada undang-undang sama.
Pergerakan rentas sempadan negeri tetap dilarang sepanjang tempoh PKP fasa tiga seperti yang diputuskan masa PKP fasa satu dan dua.
Bermakna, pergerakan beramai-ramai untuk pulang ke kampung (menyambut Ramadan) juga tidak dibenarkan, memang tidak boleh
Menurutnya, orang ramai harus patuh dengan arahan PKP yang telah ditetapkan kerajaan sejak dari PKP fasa satu lagi. Jika sesiapa yang mengikar dengan arahan ini, individu tersebut boleh dikenakan tindakan lanjut.
Sumber: Berita Harian

Post a comment

0 Comments