“Sempena Birthday Saya Pada 21 April, Hadiah Istimewa Adalah Rakyat Kekal Duduk Di Rumah”


Ketua Pengarah Kesihatan iaitu Datuk Dr. Noor Hisham telah mengungkapkan satu 'permintaan' bersempena dengan hari lahirnya pada Selasa, 21 April
“Sempena hari jadi saya esok, 21 April, hadiah paling istimewa untuk saya ialah, kalau boleh rakyat Malaysia kekal duduk di rumah dan amalkan kebersihan yang tinggi.”
Dr Noor Hisham telah membawa khabar positif apabila jumlah kes positif baru dicatatkan hari ini, 20 April, adalah terendah sejak 12 Mac lalu dengan 36 kes dan tiada kematian dilaporkan.


Menurut sumber, Ketua Pengarah Kesihatan itu menyampaikan pesanan meminta semua rakyat Malaysia kekal di rumah dan mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebagai hadiah hari lahirnya dalam usaha memutuskan rantaian penularan wabak yang merbahaya ini.

Beliau turut menyifatkan bahawa permintaan itu adalah antara hadiah hari lahir yang paling bermakna buat dirinya.

Jom sama-sama kita memberikan 'hadiah' ini buat Datuk Dr. Noor Hisham yang telah bertungkus-lumus bagi memastikan keadaan kesihatan di Malaysia kembali normal


Post a comment

0 Comments