"Saya bertanggungjawab jaga nyawa setiap rakyat" - PM Umum PKP Dilanjutkan Selama 2 minggu lagi


Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin merenerusi perutusan khas sebentar tadi memaklumkan Perintah Kawalan Pergerakan dilanjutkan untuk tempoh dua minggu lagi. Bermula pada 15 April sehingg 28 April 2020. 

Pelanjutan PKP dua minggu lagi selaras dengan pandangan
WHO supaya PKP tidak ditarik terlalu awal. Pelanjutan tempoh PKP untuk beri ruang petugas kesihatan memerangi COVID19 selain elak penularan semula wabak.
Rakyat perlu bersedia untuk #PKP dilanjutkan dalam tempoh lama. Tangguh sesi persekolahan hingga wabak #COVID19 benar-benar pulih.

Saya telah arah Ketua Polis Negara, Panglima ATM, APMM supaya perkatat lagi kawalan sempadan negara. Beberapa sektor ekonomi yang terpilih akan dibuka semula secara berperingkat dengan kawalan keselamatan dan pergerakan ketat.

Saya bertanggungjawab jaga nyawa setiap rakyat. Agensi penguatkuasa diarah perketat kawalan di kawasan sempadan, pintu masuk negara untuk elak penyeludupan warga asing

Post a comment

0 Comments