Ribuan bungkus makanan mula diberi, rakyat mohon warga asing jangan biadap!

Kementerian Wilayah Persekutuan mula mengedarkan 1,850 bungkusan makanan secara percuma kepada penghuni Selangor Mansion dan Malayan Mansion di Jalan Masjid India.
Perkara itu diberitahu menterinya Tan Sri Annuar Musa di laman Twitter dengan memuat naik beberapa keping gambar memaparkan para petugas sedang menyusun bungkusan tersebut.


Bekalan makanan untuk Selangor Mansion dan Malayan Mansion mula diedarkan. Sebanyak 1,850 bungkusan tiap kali (dalam satu-satu masa), tulisnya.

Posting itu mendapat komen netizen yang agak bengang terhadap tindakan segelintir penduduk warga asing yang didakwa membaling plastik sampah dan najis dari tingkat atas bangunan sebagai tanda protes.

Kurang ajar, biadap!

Terdahulu, Menteri Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan dua lokasi tersebut dikenakan Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) selepas dikesan mempunyai 15 kes positif Covid-19.
Sumber : Twitter 

Post a comment

0 Comments