Resipi Ikan Siakap Stim Ala Thai Yang Menyelerakan Dan Mudah Ini Raih 8.5K ‘Shares’


Setiap kali ke kedai Thai, menu yang menjadi pilihan semestinya tomyan, ikan siakap stim, somtam dan banyak lagi. Kali ini, kami ingin kongsikan kepada anda resipi ikan siakap stim ala Thai dijamin sedap seperti di kedai Thailand yang biasa anda kunjungi untuk buat sendiri di rumah.
Seorang pengguna Facebook Zurina Zulkefli telah berkongsi resipi ikan siakap stim yang mudah disediakan. Apa kata anda ikuti perkongsian beliau. Ayuh kita mulakan!

Bahan-bahan yang diperlukan:

f7f4
1) Seekor ikan siakap
2) 2 biji limau nipis (dipotong dua)
3) 1 batang serai (dihiris nipis)
4) 5 halia (dihiris nipis)
5) 3 cili merah kecil (dihiris)
6) 3 cili hijau kecil (dihiris)
7) 5 ulas bawang putih (dicincang)
8) 1 batang daun ketumbar
9) 1/2 kiub pati ayam
10) 4 sudu besar sos ikan

Langkah kukus ikan:

1. Bersihkan ikan siakap dan hiris bahagian badannya.
2. Selepas itu, masukkan halia dan serai ke dalam perut ikan.
759f
8197
3. Kemudian, perahkan jus limau nipis ke atas ikan untuk menghilangkan bau hanyir.
4. Setelah itu, kukuskan ikan selama 5 minit dan biarkan seketika pada suhu api perlahan.

Langkah sediakan kuah stim:

1. Gorengkan bawang putih di dalam kuali sehingga warna kuning keemasan.
2. Padamkan api dan masukkan sedikit air suam, setengah kiub pati ayam, 4 sudu besar sos ikan, 1 sudu kecil gula, cili hijau, cili merah, lebihan serai dan perahan jus limau.
faaa
1218
3. Rasa dahulu kuahnya dan tambahkan air, garam dan gula mengikut citarasa sendiri.
4. Kemudian, kacaukan kuah sehingga semuanya sebati.

Langkah akhir:

0f8a
1. Tuangkan kuah stim ke atas ikan siakap dan taburkan hirisan daun kertumbar.
2. Kukuskan lagi ikan siakap bersama kuah selama 3 minit.
3. Angkat ikan daripada periuk dan ikan siakap stim sedia dihidang.
Mudah sahaja untuk buat ikan siakap stim ala Thai ini. Bolehlah anda nikmati ia bersama keluarga, dimakan panas-panas.


Post a comment

0 Comments