Presiden Filipina Arahkan Polis Tembak Mati Mereka Yang Langgar Perintah 'Lockdown'


MANILA: Presiden Filipina, Rodrigo Duterte memberi amaran tegas kepada individu yang melanggar undang-undang sepanjang tempoh perintah berkurung boleh ditembak kerana menimbulkan kekacauan.
Duterte berkata, amat penting untuk setiap rakyat memberi kerjasama dan patuh kepada arahan kuarantin kerana ia satu-satunya jalan bagi memperlahan penyebaran wabak COVID-19.
“Keadaan semakin buruk. Saya ingin menegaskan sekali lagi masalah yang dihadapi sekarang amat serius dan semua rakyat perlu mematuhi arahan.
“Saya mengarahkan polis dan askar, sekiranya didapati ada kekacauan atau ada individu yang melawan sehingga membahayakan nyawa mereka, dibenarkan untuk melepaskan tembakan,” katanya.
Kenyataan itu dikeluarkan selepas media melaporkan beberapa kes kekacauan dan tangkapan semalam di kawasan penempatan masyarakat miskin di Manila yang tidak berpuas hati dengan bantuan makanan yang disalurkan oleh kerajaan.
Selain itu, kenyataan Duterte itu bagi melindungi petugas hospital yang didakwa berdepan penderaan fizikal dan diskriminasi ketika menjalankan tugas. - Agensi

Post a comment

0 Comments