Polis Saran Bawa Bil Beralamat Kediaman Ketika Keluar Rumah Semasa PKP

Meskipun arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah diketahui umum, namun, masih ada segelintir masyarakat yang masih tidak menghiraukannya. Pihak berkuasa termasuk polis dan tentera terpaksa membuat sekatan jalan raya (roadblock) bagi memantau pergerakan segelintir masyarakat.
Susulan itu, orang ramai terutamanya penduduk di Selangor diminta untuk membawa bersama bil beralamat kediaman anda ketika keluar dari rumah. Hal ini bagi memudahkan pihak berkuasa mengetahui jarak dan destinasi yang ditujui oleh anda.

Diminta bawa bil kediaman anda 

Memetik laporan Malaysia Kini, sepanjang tempoh pelaksanaan PKP yang bakal berakhir 14 April 2020 ini, mereka yang menetap di sekitar Selangor diminta untuk membawa sebarang bil beralamat kediaman sekiranya ada keperluan untuk keluar dari rumah.
Ketua Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Selangor iaitu ACP Mohd Ismail Muslim menyifatkan tindakan demikian sebagai persediaan menunjukkan mereka memenuhi syarat dalam Peraturan 4, Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit.
Jika pergerakan untuk tujuan bertugas, bil beralamat kediaman bukan justifikasinya tetapi memerlukan surat kebenaran bekerja daripada ketua jabatan atau syarikat.
Kita harapkan dalam tempoh PKP ini, letaklah bil dalam kereta sementara sebagai persediaan untuk sebarang kemungkinan kerana kalau polis tanya justifikasinya hendak ke mana, kita sebut nak balik rumah atau membeli barang keperluan, kita boleh tunjuk bil berkenaan.

Radius tidak melebihi 10 kilometer dari kediaman


Tambahan pula, had jarak perjalanan bagi mereka yang keluar dari rumah bagi tujuan membeli barangan keperluan adalah dibenarkan seperti ditetapkan dalam radius tidak melebihi 10 kilometer dari kediaman.
Namun, sekiranya mereka yang keluar dari rumah kerana alasan bertugas atau perkhidmatan penting perlu membawa surat kebenaran daripada ketua jabatan atau syarikat masing-masing.
ACP Mohd Ismail Muslim berkata akan menambah jumlah sekatan di laluan keluar masuk lebuh raya bagi mengurangkan pergerakan dalam negeri. Pihak polis juga akan menambah jumlah penutupan jalan raya termasuk laluan alternatif dari semasa ke semasa.
Sumber: Malaysia Kini

Post a comment

0 Comments