Penyanyi lagu Januari, Glenn Fredly Meninggal Dunia


Glenn Fredly satu nama yang tidak asing di Malaysia. Beliau merupakan artis Indonesia yang pernah mencipta nama dengan beberapa karya hebatnya. Januari antara lagu yang pernah menjadi siulan rakyat sekitar tahun 2002.


Harini industri hiburan nusantara dikejutkan dengan satu berita duka. Menurut posting Billboard Indonesia di laman twitter mereka memaklumkan perkhabaran tersebut.

Glenn Fredly meniggal dunia pada Rabu, 8 April 2020. Dia menghembuskan nafas terakhir di usianya yang ke 44 tahun. Khabar duka telah disahkan oleh Tompi. 
Terima kasih untuk semua karyamu. Selamat Jalan, Glenn Fredly 


Media Indonesia melaporkan Glenn meninggal dunia di Rumah Sakit Setia Mitra, Jakarta, akibat meningitis.

Glenn berkahwin dengan bintang dangdut, Ayu Mutia tahun lalu dan baru menyambut kelahiran cahaya mata sulung mereka, Februari lalu.

Glenn atau nama sebenarnya Glenn Fredly Deviano Latuihamallo, dilahirkan di Jakarta pada 30 September 1975.

Mendiang mula menceburi dunia muzik secara profesional selepas memenangi satu pertandingan nyanyian pada 1995.




Penyanyi wanita popular Rossa juga antara rakan selebriti terawal yang berkongsi rasa dukacita itu menerusi akaun Instagramnya.

"Dengan (perasaan) amat sedih, sahabat lama, teman lama saya, Glenn Fredly, baru saja meninggal dunia. Jadi minta doanya," ujarnya.
Sementara itu vokalis Noah, Ariel, juga memuat naik posting menerusi akaun Instagramnya: 

Post a comment

0 Comments